CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

3 hari yg lalu...


3 hr berlalu...aku makin pelik...ngape hp aku asyik tulis emegency call only je..tp bukan my maxis..mule nyer aku wat x kisah je..mayb maxis de masalah kot..

aku x puas hati..my hubby lak dah byk kali dial x dpt2 gak..dia pun pelik..lastly tah mcm mane dia call rmh n bg tau suruh my sis in law tkr hp n tgk2 kan my hp..bile try je kat hp dia pun same..rupe nyer sim card aku yg rosak...


apa lg aku pun buka fb...htr mesej kat hubby..pas2 hubby call minta my sis in law tuk belikan prepaid br..akhirnyer jam 5.45 aku dapat call mak kat selayang...dpt ckp 2 ank buah aku yg comel 2 hanna n daniall...huhu..



Friday, March 25, 2011

ikan haruan...


oleh kerana aku bersalin secara cesanrean, kene ler makan ikan haruan..jd ingin aku kongsikan bersama kat cni kebaikan nyer....





Kebaikan ikan haruan





1. Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik


2. Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.



3. Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.



4. Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.



5. Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan



6. Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya



7. Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit

petua orang dulu-dulu

salam..

dalam dok cari2 info, aku terjumpa ler artikel nie..meh kite kongsi same2..layan.....



Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.



Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.




Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.


Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.



Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
p/s mungkin ade kebenaran nyer....yg baik jadikan amalan....

Wednesday, March 23, 2011

Hijau - Zainal Abidin (HD/Karaoke/HiFiDualAudio)



lagu nie menyimpan seribu satu makna pd org2 yg memikirkan nyer..

cuba lah hayati mesej yg disampaikan lg nie...

sungai

sungai....
anugerah tuhan yang maha kaya..
tp...tangan2 manusia
yang terlalu rakus..mengejar kekayaan
memusnahkan kejernihannya....
sungai
kini...air mu kian keruh
sekeruh hati manusia ...
masihkah ada aliran airmu
sedekad lagi ...
untuk tatapan generasi akan datang....



Saturday, March 19, 2011

baby care..

sok2 iris mcm nie ler hehehe....


pandai pegang sudu minta mkn...

berjalan2 ngan mama n papa

majalah gila-gila

karektor ujang


profesor serba tau




salam...

klu tgk pada tajuk mesti biase je kan...


apa pun pg td ketika menonton nasi lemak kopi O di channel 9, diorg bt topik mengisahkan majalah lame nie...so ramai ler kartunis yg pernah terlibat dipanggil untuk dinterview...


majalah nie mmg klasik ler pada aku..coz lawak dia mmg gile2...aku paling suke ngan kisah 3 dara pinggitan..klu ader je kat rumah majalah nie..first sekali aku baca kisah diorg ler...



lagi pun bile bercerita pasal kartun nie teringat kat arwah suami kakak sepupu aku yg paling pandai melukis karektor kartun...cerita yg dibuat saje2 je tp mmg menarik..siap dibukukan...tp hanya tuk tatapan kita org je ler..bile tanye ngape tak hantar kat mane2 majalah..jawab nyer mudah jer saje nak mengisi mase lapang...

tp pada aku ler, karektor yg dihasilkan oleh arwah, klu dihantar mesti diorg suruh wat lg.. apa pun alfatihah buat arwah.....









Tuesday, March 15, 2011

nur iris marissa bt mohd fahmi kamal

my little princess

tgh layan fill .....
iris tgh senyum

pandai anak mama posing depan camera



Tuesday, March 8, 2011

my little princess

salam....

tanggal 24 feb 2011 yg lalu, lahirnya my little princess nur iris marissa di pagi yang hening 7.03 minit secara operation...
hati aku mule nye cuak apabila diberitahu terpaksa melahirkan bayi sulung kami secara operation...doc beritahu kerana najis bayi telah keluar..jadi untuk mengelakkan bayi lemas, terpaksa le aku redha...
hingga ke saat ini, aku masih terasa sengal2 dibahagian operation tu...
lucky aku mempunyai hubby yang baik , yang menjaga aku dengan baik.Segala benda yang membolehkan aku segera sembuh dicuba nyer suruh aku makan...love u honey...