CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 6, 2009

lawatan kat jakarta n bandung

salam..sebelum nie aku ada uploadkan pic mase aku gi jakarta n bandung sebelum nie.Di sini aku ingin coretkan sedikit pengalaman aku kat sane... Aku ke sane dengan menaiki Air Asia.Aku check in pada pukul 8.00 pg kat LCCT n penerbangan aku pada pukul 10.00 pg.Aku tiba di sane pada jam 12 lebih kalau x silap.First time menaiki kapal terbang satu pengalaman yang cukup menarik.Mane x nye cuba bayangkan kita berada beribu2 kaki dr aras laut.Nampak sayup je dari atas.
Oleh sebab aku rasa nak pening jdnya mase penerbangan tu aku tido je hehe..Tp sebelum tu aku nak cite le sikit sebelum berlepas pramugari n prmugara 2 ingatkan semua penumpangnye agar memakai tali pinggang dlm loghat indonesia.Mase tu aku dah terasa, boleh ke aku tahan kat tempat org nie....
Bile dah sampai kat ruang udara indonesia aku boleh nampak di org punya airport dekat dgn kawasan sawah padi.X seperti tmpat kita yg begitu tersusun.Mase tu rase nak balik pun ade hehe..ketika menjejakkan kaki kat airport dia aku terasa seolah2 aku berada di kuala lumpur era 90an(mcm yg aku tgk kat dlm tv).Patut la ramai rakyat diorg yg bermigrasi ke Malaysia.Kehidupan di sini memang susah.
Kat sini pemandu pelancong memang dah sedia tunggu rombongan kami dengan bas pesiaran yg akan membawa kami sepanjang berada kat sini.Dr. airport jakarta kami terus menuju ke Bandung.Kami melalui highway yang dikhabarkan baru saje siap.Tp jangan terperanjat coz highway yg dimaksudkan x seperti highway di Malaysia.Perjalanan dr Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam.Sepanjang perjalanan aku dapat lihat banyak lambang2 parti yg akan bertanding utk pilihanraya.Itu la cerita menurut pemandu pelancong kami Pak Rizal.
Di bandung kami menginap kat Hotel Karang Sutera.Kami berada kat sane hingga hari Ahad.Banyak juga tempat yg kami lawati semasa kat sane antaranye Tangkuban Perahu, Muzium tempat terletaknya segala jenis rumah dan bangsa yg ada kat indonesia nie.Tp yg paling menarik mase shopping .Mase tengok pelbagai jenis fabrik n kain telekung yg cantik2.Patut le org klau gi Bandung kirim mcm2...
Tp sebelum kami turun ke tmpt shopping tu Pak Rizal mengingatkan kami agar tidak bercakap dgn org sebarangan n jalan berkawan.Bile ingat semula mcm apa yg aku buat jika bawa student gi rombongan pulak hehe...Apa pun sebelum kami berehat di hotel, kami menjamu selera dulu.
Tapi bile sebut je menjamu selera aku dah risau.Mana xnye tekak aku nie x boleh nak telan masakan minang.Aku just ambil sedikit je sebagai alas perut.
Hari Ahad lepas bersarapan kami bersiap dgn bagasi masing2 coz dr situ kami akan terus menuju ke Jakarta.Disini kami di bawa ke tempat mercu tanda tertinggi kat sini.Bayarannye di kira pakej, lebih kurang Rp7000.Boleh round2 kat dlm n naik terus ke ruang legar paling atas.Ok le tu...Klau kira duit Malaysia lebih kurang RM3 le..Naik je kat atas boleh rasa angin bertiup amat kencang.Klau nak tau cuma aku n beberapa org je yg naik kat atas coz yg lain sibuk nak gi shopping.Eee x tau le bukan senang nak sampi cni.
Isnin, kami melawat sekitar Jakarta dan jika ada yg ingin bershopping membeli cenderamata utk family masing2.Tapi kat Jakarta nie barang dia mahal sikit dari Bandung n x banyak pilihan coz bandar besarkan.
Selasa,hari yg aku tunggu2 utk balik ke Malaysia.Lepas solat Zohor kami dah check in.Kali nie aku dah x tido dlm penerbangan lagi.So boleh la aku lihat pemandangan kat luar yg aku hanya nampak kepulan2 awan.Bila je berada di ruang udara tanahair, Malaysia aku rasa happy sangat.Walauapa pun, kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.Hujan batu dinegeri sendiri,hujan emas di negeri orang,lebih baik negeri sendiri.

Ini bangunan sekolah yg ada kat Jakarta nie.Kalau dilihat betul2 masjid n surau diorg berada betul2 dlm kawasan yg sama.Fikir2kan lah.....


Pic nie mase kat Bandung,kawasan rumah2 yg ade kat seluruh Indonesia.kalau x silap yg belakang aku tu rumah org minang.


Ini pic kat tangkuban Perahu.Kawasan gunung berapi.Kawasan bawah tu adalah kawah gunung berapi....



Nie le wang Indonesia.kiranye merasa le pegang wang sampai berjuta hehe..








1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.